utama

Metro@7 - 14 Disember 2017

Oleh HM Digital

• Datuk dan bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang maut terkena tembakan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

• Belum sempat tamat penjara 12 bulan kerana kesalahan simpan harta curi, seorang banduan dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan.

• Pemandu dan kelindan lori yang terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan tiga mangsa maut di Kampung Teluk Memali direman empat hari.

• Cubaan menyeludup rokok kali kedua gagal Kastam Negeri Sembilan patahkan tindakan sindiket untuk seludup 150,000 rokok.

• Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serbu tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang disyaki buat sambungan bekalan air haram.

• Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sasar peningkatan pengeluaran nanas 20 peratus pada 2018 berjumlah 437,930 metrik tan dengan nilai RM636 juta.

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 6:50pm
d