utama

Daqmie dah kahwin

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PENYANYI popular lagu Tangis Sebatang Tamar, Daqmie atau Azmee Abdul Manap, 45, akhirnya menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan keluarga, Syarifah Dhurrah Uzma Syed Jaafar Muhiddin, 25, dengan sekali lafaz pada 5.45 petang, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Ustaz Yusof, imam besar Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Kulim dan disaksikan kaum keluarga serta sahabat handai kedua-dua pengantin.

Menariknya, majlis akad nikah itu diadakan serentak bersama tiga lagi pasangan lain di lokasi sama.

Dakmie menyerahkan mas kahwin RM1,000, seutas gelang emas dan wang hantaran berjumlah RM10,000 serba satu.

"Doakan semoga saya dapat membimbing isteri dan keluarga sehingga dapat masuk syurga bersama-sama.

"Alhamdulillah debaran untuk menjadi ketua keluarga yang saya alami sebelum ini dapat di tempuhi dengan baik, maklumlah ini perkahwinan pertama saya," katanya gembira.

Pasangan itu mengenali antara satu sama lain selepas diperkenalkan bapa Daqmie sendiri, Abdul Manap Hassan dan mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu.

Juara Anugerah Nasyid 2015 itu kini menjadi tutor Vokal di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak merancang menetap di Taiping selepas berkahwin kerana isterinya bekerja sebagai pegawai bank di tempat terbabit.

Disiarkan pada: December 15, 2017 @ 7:35pm
d