utama

'Top gun' agensi penguatkuasaan ditahan khalwat

Oleh Rafidah Mat Ruzki

PENGARAH bahagian di agensi penguatkuasaan ditahan dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi ini kerana kesalahan berkhalwat.

Sumber berkata, pegawai kanan kerajaan itu yang bertugas di Putrajaya ditahan bersama pasangannya yang juga ibu tunggal dan bertugas sebagai pegawai di agensi sama.

Pasangan itu ditahan di sebuah kondominium di Taman Equine, Seri Kembangan kira-kira 3 pagi tadi.

Sumber JAIS yang dihubungi berkata, memang ada penahanan dibuat di lokasi berkenaan namun siasatan masih dijalankan untuk mengesahkan identiti individu yang ditahan itu.

"Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan.

"Kita akan memanggil individu terbabit dalam masa terdekat," katanya.

Disiarkan pada: December 16, 2017 @ 1:35pm
d