utama

Mustafar turun padang tinjau [METROTV]

Oleh Skuad Khas Harian Metro

Putrajaya: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali ‘turun padang’ meninjau operasi Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Skuad Khas Harian Metro.

Tinjauan khas itu dibuat selepas dua minggu akhbar ini membuat pendedahan mengenai kepincangan operasi Imigresen hingga menyebabkan ramai migran Bangladesh berjaya diseludup keluar melalui kaunter tanpa perlu bersusah payah melalui lorong tikus.

Skuad Khas Harian Metro dibawa meninjau kawasan berkenaan hampir sejam sambil diterangkan bagaimana operasi di terminal berkenaan dijalankan.

Mustafar dalam kesempatan berkenaan turut mengulas laporan Harian Metro yang mendedahkan isu berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pendedahan itu dan kita akan melakukan penambahbaikan pada aspek berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: December 19, 2017 @ 7:31am
d