utama

'Kita nak balik tanah tu. At all costs' [TANPA EDIT]

Oleh HM Digital

Transkrip Sidang Media Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad pada 21 Disember 2017 mengenai Isu Tanah Felda

W: Wartawan

SS: Tan Sri Shahrir Samad

RI: Datuk Razali Ibrahim

Pendahuluan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dengan Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) mengalu-alukan kehadiran wakil media hari ini. Ada beberapa pegawai daripada Felda yang akan hadir bersama dan wakil daripada pihak JPM (Jabatan Perdana Menteri) Unit Kawal Selia Felda yang akan hadir. Kita buat secara temuramah terbuka dan kita mulakan dengan temuramah daripada pihak media. Silakan.

W: Tan Sri, bila yang Tan Sri sedar mengenai transaksi ini?

SS: Sebaik saja saya menjadi Pengerusi Felda, kalau tuan puan ingat saya telah minta supaya Ahli Lembaga Pengarah FIC (Felda Investment Corporation Sdn Bhd) meletakkan jawatan. Maknanya saya mungkin ada kebimbangan, ada perkara-perkara yang saya rasa mungkin tak berapa betul. Ini juga ke arah perubahan urus tadbir kepada yang lebih baik dan mantap kerana saya punya pandangan ketika itu pun macam.. ada tak kena lah. Bila Ahli Lembaga Felda, Ahli Lembaga Pengarah FIC, tidak ada perbezaan. Jadi sebab itu saya minta untuk betulkan atau menambahbaik urus tadbir di dalam Felda dan FIC bahawa Ahli Lembaga FIC saya minta semua letak jawatan.

Perkara tentang pindah milik, tanah milik Felda di Jalan Maktab yang dikatakan di bawah projek KLVC (Kuala Lumpur Vertical City), saya mula tahu pun pada akhir bulan Januari, kalau tak silap saya.. pada akhir bulan Januari. Apabila Jabatan Pengurusan Tanah Felda yang memaklumkan kepada saya sebagai Pengerusi ketika itu dalam hujung Januari bahawa adanya tiga perjanjian jual beli yang melibatkan tanah-tanah milik Felda, jadi Jabatan Pengurusan Tanah Felda maklumkan bahawa ada tiga perjanjian tanah yang terletak di Jalan Maktab. Berikutan daripada itu, saya tertanya kalau kita dah menjual.. mungkin kita kena bayar cukai penjualan keuntungan tanah dan saya minta pegawai saya siasat dengan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Kedua, saya minta kalau sudah dijual beli tanpa pengetahuan kita dan dilakukan Felda sendiri, kenalah Felda meletakkan kaveat terhadap tanah-tanah yang terlibat.

Kita telah berusaha untuk meletakkan kaveat pada Februari, tetapi dinasihatkan oleh pejabat tanah bahawa ini tidak boleh dilakukan. Kita dah buat permohonan kepada pejabat tanah untuk meletakkan kaveat kepada tanah-tanah milik Felda yang terlibat dengan perjanjian jual beli. Tetapi dinasihatkan oleh pihak Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan bahawa kalau kita usaha untuk meletakkan kaveat mungkin ditolak. Ditolak kerana segala dokumentasi pada pandangan mereka adalah mencukupi dan perjanjian jual beli itu harus boleh dilaksanakan. Maknanya tanah itu dah dipindah milik dan telah diluluskan dan tak ada sebab mengapa harus meletakkan kaveat. Jadi agensi kerajaan.. kita bercakap sebagai agensi kerajaan. Jadi kita merayu dan pada... perkara ini pun dah kita bawakan kepada Mesyuarat Khas Lembaga Felda.. maklumkan kepada Lembaga Felda pada bulan Mac berikutnya.. 17 Mac. Kita mengadakan mesyuarat khas ini banyak kali sehinggalah pada 14 April.. baru kita.. setelah kita rayu kepada pejabat tanah, barulah kita dibenarkan meletakkan kaveat pada.. ke atas tanah-tanah kita.

Jadi maknanya daripada bulan... sebaik saja saya dimaklumkan adanya tanah Felda sudah dipindah milik.. dijual melalui penjualan.. dan lepas itu saya cuba meletakkan private kaveat dan seterusnya kepada.. baru pada bulan April.. 14 hari bulan April.. baru dibenarkan kami untuk meletakkan private kaveat kepada tanah-tanah yang berkenaan. Daripada situ kita terus berbincang perkara ini di peringkat Lembaga Felda. Saya maklumkan kepada Perdana Menteri tentang apa yang telah berlaku bahawa tanah ini dah dipindah milik. Ceritanya saya sudah dapat tahu umpamanya bahawa penjualan ini... pertukaran milik ini.. ialah di antara satu pihak yang diberikan PA (surat kuasa wakil penuh (full power of attorney), syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd yang diberikan PA, dia menukarkan milik tanah itu kepada dirinya sendiri.. kepada syarikat yang sama. Jadi maknanya PA yang mereka perolehi telah diluluskan oleh Lembaga Felda dalam tahun 2014. Maknanya cerita ni berlaku bermula dengan PA, PA nya dilaksanakan pada keputusan board, Lembaga Felda pada 2 September 2014.

Sedangkan.. tetapi PA itu telah diputuskan ataupun telah dilaksanakan pada 3 Jun 2014. Hanya di masuk balik dalam board dalam Lembaga Felda pada bulan September. Bulan Jun dilaksanakan PA memberikan PA kepada syarikat Synergy Promenade dan bulan September, Lembaga Felda ada membincangkan tentang PA. Saya juga difahamkan ada satu resolusi... pekeliling tetapi saya tidak melihat kepada.. tidak mencarilah bukti-bukti itu kerana pada saya yang utama kepada saya dan Lembaga Felda dan juga pihak Jabatan Perdana Menteri dengan YAB Perdana Menteri.. bahawa yang mustahak Felda harus menguasai tanah tersebut. Walaupun adanya Master Development kepada tanah itu, ada projeknya tetapi kita punya tafsiran kalau pun nak dibangunkan, kuasa kepada tanah itu harus kekal kepada Felda. Pemindahan milik boleh dilakukan kepada strata ataupun lantai dalam bangunan yang dibina.

Jadi sebab itu usaha kami daripada bulan Januari, Februari sampai ke bulan April ialah untuk kita mendapatkan balik kuasa kepada tanah tersebut. Pada 12 Disember setelah perkara ini dan kronologi susulan segala keadaannya dilaporkan dibawakan kepada Jabatan Perdana Menteri Unit Kawal Selia dibawa kepada pihak Peguam Negara, pada 12 Disember dalam buat laporan polis terhadap kemungkinan berlakunya fraud dalam soal pemindahan milik, soal adanya pindah milik tanah Felda.

W: Police report bila Tan Sri?

SS: 12 Disember.

W: Basically tanah itu masih hak milik Felda?

SS: Dia pandangan kita.. ya rasanya. Sepatutnya..

W: Just because of the kaveat?

SS: Pasal kita... kaveat tapi walaupun ada kaveat tapi kalau ikut cerita surat khabar Berita Harian itu tidak menghalang adanya pindaan ataupun maklumat baru status baru kepada tanah itu.

W: Berapa sebenarnya harga tanah itu?

SS: Rasa murah sangat?

W: Sebab itu prime area.

SS: Dia tanah itu tanah sebenarnya tanah institusi. Itu yang mustahak kita lihat. Tanah ini tanah institusi. Apabila tanah institusi kerajaan, dia mempunyai sekatan-sekatan yang tertentu dan sepatutnya walaupun sesiapa mempunyai PA, mempunyai kuasa pentadbir tetapi pada itulah, saya ini yang saya punya pandangan. Saya bukan peguam.. peguam ini macam-macam pandangan. Sebab apa, kita ada mahkamah sebab itu saya punya rasa telah berlaku. Felda membuat laporan polis mendakwa adanya fraud berlakunya fraud dan sebab itu kita minta supaya diambil segala usaha sehingga tanah itu diberi balik kepada Felda.

W: Dalam police report itu ada menamakan sesiapa?

SS: Police report kepada syarikat yang berkenaan. Pemaju dia.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Kita bercerita soal fraud. Jadi fraud yang dilakukan kerana pihak yang diberikan kuasa pentadbir full power of attorney (PA), melakukan pemindahan milik tanah yang pada pandangan kami bertentangan dengan perjanjian pembangunan dan juga tak sepatutnya dilakukan dan sebab itu kita membuat laporan polis. Siasatan yang lain itu, polis siasat.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Itu saya pun tak tahu juga. Saya bukan berapa kisah sangat siapa.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Kita ada mulakan bertanya dengan pihak syarikat yang berkenaan apa yang.. mengapa dipindah milik. Apa yang kita boleh cari jalan tanah yang berkenaan. Rundingan itu antara proses yang kita nak lakukan supaya kita boleh dapat balik tanah. Itu yang mustahak.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Kita.. lembaga ada memutuskan supaya dibuat rundingan di antara Felda dengan syarikat yang berkenaan supaya dapat balik tanah.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Dia ada dua, satu pemberian PA, kedua pindah milik tanah itu. Ketiga, ada pembangunan di tanah itu. Lembaga Felda maklum tentang soal pembangunan yang dicadangkan dengan FIC dilantik sebagai projek management. Pihak pengurusan projek, kedua memang maklum tentang adanya PA dan diberi kepada syarikat yang berkenaan. Tetapi tidak termaklum.. tidak dimaklumkan mengenai pemindahan tanah itu, hak milik tanah itu. Jadi dua perkara yang faham, dimaklumkan tetapi yang pindah milik itu hanya dalam bulan Januari yang kita tahu dan terus saya bawa kepada lembaga. Sebelum saya bawa ke lembaga pun saya minta diusahakan satu private kaveat kepada tanah yang berkenaan.

W: Adakah anda terkejut?

SS: Certainly i am amazed. Amazed lah pasal saya rasa terpegun bahawa begitu mudah dipindah milik tanah yang dimiliki oleh sebuah institusi kerajaan. Begitu mudah pindah milik.

W: Boleh tak tahu nama penuh syarikat yang terlibat dan tiga SNP itu berapa value dia dan saiz tanah?

SS: Saya boleh bagi nama syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd iaitu yang ada, pada mulanya kita tahu ada tiga (SPA), rupanya ada empat. Empat SPA dan dia melibatkan pelbagai tanah tapi kita cuba detail dulu.

Kesemuanya saya.. kejap ya. SPA yang pertama bernilai RM54.5 juta. Jadi campur sendiri ya. SPA yang kedua RM96.982 juta, yang ketiga RM12 juta yang keempat RM106.3 juta. Jumlah keseluruhannya kalau dicampur RM270 juta. Kalau dicampurkan lebih kurang RM270 juta.

W: Saiz tanahnya?

SS: Saiz tanahnya nanti balik kiralah banyak sangat saya tak ingat.

W: Tan Sri, SPA pertama melibatkan bangunan..

SS: Dia itulah.. macam-macam kan. Pasal tanah. Nanti kemudian kita.. saya akan bagi details. Banyak sangat ini saya pun.. SPA 1, tanahnya 12,658 meter persegi, RM54.5 juta. Lot 390. SPA yang kedua tadi saya kata dia melibatkan 24,000 lebih meter persegi, nilai RM96.9 juta. SPA ketiga, hanya 3,000 meter persegi bernilai RM12.7 juta. SPA keempat 26,500 meter persegi bernilai RM106.4 juta.

W: Kesemua empat SPA ini kira berlaku pada tahun 2014?

SS: Dia tarikh SPA, 2015, SPA 1, Disember 2015, SPA 2, November 2016, SPA 3 pun November 2016, SPA 4 juga November 2016.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Kira pokok.. tujuan kita nak dapat balik tanah. Itu yang kita nak dapatkan balik tanah. Milik kita. Macam mana nak bangunkan soalnya, proses.. patutnya tak perlu pun pindah milik tanah itu untuk dibangunkan. Pasal perkara ini macam rasa, biasa boleh dibuat di mana kalau betul-betul kita nak bangunkan tanah, tak payah kita perlu kehilangan tanah tersebut. Ini SPA dah sign, duit pun tak dibayar.. entah macam mana.. itu yang uniknya tu..

W: Duit tak ada ya?

SS: Duit tak ada.

W: Oh okay..

SS: Jadi, ini yang.. walaupun kita dengarnya juta-juta RM270 juta dalam SPA itu tapi satu sen pun tak ada bayar. Itu yang rumit juga kan..

W: Bermakna Tan Sri tiada transaksi ringgit dalam isu ini?

SS: Dia ikut SPA dia nampak macam ada transaksi.

W: So, duit itu dimasukkan, invest ke..

SS: Tak ada perubahan..

W: Tak ada rekod langsung?

SS: Tak ada pembayaran..

W: Tan Sri, what is the few processes untuk menukar hak milik..

SS: Dia, i think boleh bawa kepada mahkamah, mahkamah boleh perintahkan. Kalau benar berlakunya fraud dan pihak yang terlibat boleh menyerah balik.. terpulang keadaan.

W: Tan Sri, rundingan dah berjumpa dengan syarikat yang memilik tanah itu sekarang. Mungkin diorang ada keinginan serah balik atau.

SS: Itu kemungkinan.. kita tak tahu.

W: Ada rundingan, Tan Sri cakap telah ada rundingan.

SS: Kena rundingan sebelum itu, tetapi kita buat keputusan nak balik tanah dan sebab tu kita rasa fraud kita kena ambil tindakan.

W: Diorang bukan menyerahkan balik?

SS: Mungkin dia ada cover kuasa yang lebih besar.

W: Tan Sri, police report itu ada melibatkan Ahli Lembaga yang terdahulu ke?

SS: Itu terpulang kepada siasatan pihak polis. Pasal yang fraud itu kita tujukan kepada pihak pemaju yang memperlakukan, yang memegang PA, dan melakukan pindah milik kepada syarikat sendiri.

W: Siapa dalam Felda yang bertanggungjawab ketika pemindahan itu dilakukan?

SS: Itu.. kita Jabatan Perdana Menteri akan membuat siasatan audit terhadap proses dalam cerita sebaliknya, proses yang berlaku. Audit itu akan dilakukan, dibuat oleh pihak luar dilantik oleh JPM, kawal selia JPM.

W: Tan Sri, tujuan utama tarik balik tanah ini sebab tak bayar atau Felda nak bangunkan semula, ada plan.

SS: Tak ada... kita.. dia.. yang kita peliklah sebenarnya tak kan lah kita ini sebagai pemegang amanah kepada tanah itu, padahal bukan tanah kita tanah itu dah dijual kononnya sudah dijual melalui SPA tetapi kita tak ada duit, tak dapat apa-apa duit. Jadi macam mana keadaan itu, ini peliklah. Pada saya peliklah kan.

W: Nilai pasaran tanah itu memang betul ataupun...

SS: Lebih kurang begitulah.

W: Adakah akan sampai tahap untuk beli balik ke Tan Sri tanah itu?

SS: Itu tak tahulah, kita dah bawa kepada pihak polis, buat laporan polis untuk dia siasat dan tindakan yang diambil mengikut mahkamah ke, pasal harus maklum bahawa kita membuat police report, laporan polis selepas kita bawa perkara ini kepada kawal selia di JPM, Jabatan Perdana Menteri dan diangkat pula kepada pandangan daripada peguam negara dan dibuatkan keputusan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan itu bukan kali pertama YAB Perdana Menteri tahu, pasal saya memaklumkan kepada Perdana Menteri sebaik saja saya mendengar atau diberitahu tentang apa yang telah berlaku. Jadi maknanya proses itu berjalan tetapi dia ada proseslah. Pasal saya ni Pengerusi Felda, tetapi saya ada menteri yang menjaga saya iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dibantu oleh Yang Berhormat Datuk Wira Razali Ibrahim, sebagai Timbalan Menteri dan juga oleh JPM, Datuk Zainal mewakili JPM. Jadi maknanya kita dah melibat.. melalui proses kesemua pihak yang bertanggungjawab bukan kita buat sendiri, buat keputusan sendiri.

W: Tan Sri, laporan polis akan disiasat polis, tetapi di peringkat dalaman Felda sendiri ada siasatan dilakukan?

SS: Siasatan itu, akan dilakukan oleh pihak ketiga oleh audit luaran akan dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri ke atas bagaimana perkara itu boleh berlaku itu siasatan itu akan dilakukan.

W: Dah bermula ke?

SS: Belum lagi. Ini dekat-dekat cuti Krismas ini semua orang tak nak.

W: Tan Sri, Tan Sri kata maklumkan kepada Perdana Menteri. Ada tarikh tepat?

SS: Sebaik saja saya tahu saya maklumkan.

W: Dalam bulan berapa?

SS: Bulan Februari, apabila saya tahu bulan Februari saya dah beritahu. Maknanya semua pihak termasuk Timbalan Menteri semua dah tahu.. hanya ketika itu JPM.. saya serahkan kepada Timbalan Menteri.

RI: Saya tambahlah ya. Perkara ini pertama sekali sampai ke pengetahuan YAB Perdana Menteri dan saya pada Februari, bila Felda cuba masukkan kaveat persendirian bagi melindungi tanah mereka dan dinasihatkan bahawa dia tak ada kuasa. Jadi dia, ketika itu kita tahu. Kemudian, kita melihat dokumen dan pada April 14, kaveat persendirian itu dapat dimasukkan. Daripada masa itu sehinggalah sekarang ataupun sehinggalah berita itu menjadi pengetahuan umum apabila dilaporkan dalam surat khabar hari ini, sudah tentu banyak usaha telah dilakukan termasuk berunding. Sebab itu bila tengok kepada kronologi bila Felda buat laporan polis pada 12 hari bulan maknanya usaha-usaha untuk menyelesaikan itu secara rundingan tak tercapailah. Maknanya soalan-soalan yang ditanya banyak tadi, ini cerita bukan baru jadi hari ini. Ini dah bertahun dipindah milik dan dah hampir setahun kita ketahui.

Sebab itu pada 7 November saya pernah menjawab di Dewan Rakyat, ada banyak kes berkaitan Felda dan salah satu jawapannya saya beritahu kita juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan sivil. Ini adalah perkara-perkara yang dipertimbangkan di pihak Jabatan Perdana Menteri kalau ada salah laku di peringkat pegawai maka itu juga boleh dijadikan salah satu usaha. Sebab itu yang paling penting yang cuba disampaikan tadi at all cost, we want our land back. Sebab Felda tak dapat pun pembayaran kepada perpindahan itu dan ini adalah usaha yang pada saya telahpun diputuskan. Jadi pihak Jabatan Perdana Menteri, kawal selia, sebenarnya Datuk Zainal ini saya kena kenalkanlah, dia TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) sebab kita punya ketua atau pun pegawai kawal selia iaitu Datuk Omar Salleh, tempat itu belum diisi. Jadi TKSU Datuk Zainal diminta untuk menjalankan tugas, ke menyelia kawal selia? Menyelia kawal selia.

Jadi maknanya perkara ini telah dibincangkan antara pihak Felda dan pihak Jabatan Perdana Menteri melibatkan penasihat undang-undang sebanyak saya rasa yang official tiga kali. Untuk mencari kaedah bagaimana perkara ini boleh kita selesaikan tanpa menjejaskan kedudukan Felda. Tetapi bila kita dah exhaust option yang ada, maka satu, kita berikan tugas kepada pihak polis. Kedua, pihak Felda juga bersama dengan peguamnya boleh commence proceeding. Ketiga kita tak menolak kemungkinan negotiation bersama syarikat masih boleh diteruskan, yang paling penting kita tak nak kita hilang tanah itu disebabkan perkara yang berlaku tadi.

Apa pun kepentingan memiliki tanah itu menjadi keutamaan. Projek ini bukan keutamaan kita. Ini adalah cadangan oleh Felda yang kita boleh tunggu. Berapa tahun pun. Tetapi nakkan tanah balik itu adalah menjadi perkara yang terpenting untuk kita capai. Saya nak sebut satu lagi untuk semua faham dia melibatkan satu Felda, satu FIC. Ini pada saya pentingnya kita pertingkatkan tadbir urus bila kita gagal melakukan tadbir urus yang baik ini yang berlaku sebab Felda, FIC dan pihak syarikat tanah Felda punya. Yang menjalan urus niaga ini FIC, Felda Investment (Corporation). Jadi ini yang mungkin menyumbang kepada perkara yang berlaku dan sebab itulah ketika Tan Sri Shahrir mengambil alih perkara yang paling penting kita bincang memperbaiki soal tadbir urus di dalam urus niaga dan kawalan Felda.

W: Ada kemungkinan sivil terhadap pegawai FIC, terhadap siapa ya?

RI: Perkara ini perkara yang kita dah tengok sedalam-dalam yang mungkin. Dia melibatkan dua perkara. Satu perkara pematuhan peraturan. Ini dalaman. Maknanya kalau ada perlanggaran kepada pematuhan yang terkandung dalam peruntukan Felda maka orang itu tak boleh la kita biarkan. Jadi soal nombor satu adalah pematuhan kepada kuasa yang diberi kepada pemegang jawatan dalam mana-mana badan berkanun. Kedua, bila ia melibatkan satu urus niaga dengan syarikat swasta sama ada diberikan secara PA seperti yang disebut sebagainya.. itu soalan kedua, dan dua-dua ni kita tengok. Saya tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi dan saya tidak menolak kemungkinan bila terkeluar macam ini akan ada pihak yang akan memutar belitkan cerita, menokok menambah.

Tetapi apa yang saya nak beritahu, pertama, kita buat siasatan dalaman kerana soal pematuhan kepada arahan-arahan tugas kerja itu tidak boleh dilanggar. Itu yang pertama kena buat. Yang kedua macam saya sebut sebab kita berurusan dengan orang luar salah satu option yang telah dibuat oleh Felda, adalah lodge police report, maka kita berilah kuasa kepada pihak polis. Pihak Felda, pihak Jabatan Perdana Menteri akan beri kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis dan bersamanya juga pihak Felda tidak kita halang kalau dia nak buat, dia boleh saman pihak yang bertelingkah. Biar mahkamah yang putuskanlah. All this option termasuk rundingan semula dengan pihak syarikat yang berkaitan juga perlu diambil kira. So, semua option ni akhirnya kita nak apa? Kita nak balik tanah tu. At all cost.

W: Boleh tahu nama pihak yang terlibat dalam SPA ni?

SS: Dengan diri dia. Dia sebagai pemegang PA, dia jual tanah itu kepada dirinya sendiri. Itu SPA dia tu dengan ada jumlah.. Jadi Felda tak ada tandatangani, tak ada wakil Felda yang tandatangani. Jadi pasal dia dah pegang PA, dia jual sendiri tanah itu kepada dirinya. Itu yang berlaku dan dengan jumlah wang yang disebut.

W: Kepada company kepada nama company?

SS: Dia Synergy Promenade dia yang dapat PA, power attorney dia jual atas asas power attorney, dia jual tanah itu kepada company dia, Synergy Promenade Sdn Bhd.

W: Once dia ada PA, dia boleh buat apa saja? Without consent of the owner? Macam mana?

SS: Itu kena tanya kena tengok kepada mahkamah.

RI: Sebab itu saya beritahu tadi. Dia ada dua, satu pematuhan kuasa yang diberi sama ada sebagai pengerusi atau pemegang.. atau Lembaga Pengarah, di Felda atau di FIC ada pelanggaran. Itu yang kita nak tengok. Sebab itu cerita ini, kuasa diberikan oleh Felda kepada syarikat ini. Benda ini tak ada masalah. Tetapi cara bagi itu betul ke tidak. Bila syarikat ini dah ada kuasa, dia bebas buat apa saja tetapi salah satu yang dia buat dia transfer tanah itu kepada dirinya. Sebab itu saya kata ada dua perkara yang terlibat, satu ada tak perlanggaran kepada peraturan-peraturan dalaman yang dilaksanakan oleh pemegang jawatan ketika itu. Kedua, kita tengok pula macam mana kita nak recover tanah kita dalam proses perundangan negara yang ada. Salah satu yang ada, yang telah dibuat adalah laporan polis. Jadi ini semua adalah option yang paling penting kita nak tanah tu balik.

W: Datuk, unsur rasuah ada tak wujud Datuk. Sebab SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tadi bagi statement kepada Berita Harian, dia serahkan kepada polis sebab ia membabitkan kes salah laku, dia cakap kes ini tiada unsur rasuah. Tetapi dengan pematuhan menyerahkan kuasa kepada pihak lain tidakkah berlaku unsur rasuah dalam ini.

RI: No.. no.. Rasuah semua orang tahu, semua orang fikir rasuah melibatkan duit. Tak. Rasuah perkara yang paling mustahak menyalahgunakan kuasa. Tetapi saya tak nak komen pasal SPRM. Makna, possibility akan wujud jika ada orang menyalahgunakan kuasa. Duit itu hanyalah habuan. Beri perkhidmatan seks pun, tak ada duit. Boleh terjerumus kepada rasuah. Tetapi itu biar SPRM siasat.

SS: Dan yang pokoknya saya rasa kesemua itu mungkin dapat lihat dan cungkil apabila dilakukan audit yang akan dibuat oleh pihak yang ketiga. Pihak audit ini akan dilantik oleh JPM.

W: Bila Tan Sri?

SS: Januari akan dilakukan.

W: Adakah keputusan audit akan dipublickan?

SS: Nak kena beritahu ke? Dia pasal kita dah buat audit dalaman banyak kali. Pihak luar, pihak ketiga buat audit, dan juga macam apa yang telah berlaku kepada Felda sebelum saya ke sini dah ada audit oleh pihak ketiga, pihak luar, lepas itu pihak auditor general, Jabatan Audit Negara datang buat audit. Lepas tu tindakan susulan oleh SPRM. Itu dah berlaku kepada Felda. Dari segi projek sturgeon, ke projek yang macam-macam. Jadi maknanya pengauditan itu akan terpulang kepada JPM dan Felda kita pula mengambil keputusan kepada hasil pengauditan.

W: Tan Sri. Adakah Felda letakkan dalam report disebabkan tidak menerima cash RM270 juta atau sebenarnya memang..

.

SS: Agaknya pelik tak? Pelik kan keadaan.

W: Kalau Felda menerima RM270 juta berada dalam akaun Felda?

SS: Kita kalaulah keputusan itu dah dibuat secara pada satu ketika dibuat melalui keputusan secara lawfulnya secara lawful proses itu secara yang mengikut peraturan, mengikut undang-undang dan ia penjualan itu dah berlaku secara yang betul dan duit dibayar, itu semua saya pun tak tahulah pasal ketika itu. Pasal benda itu tak berlaku. Saya hanya boleh mengambil tindakan kepada tindakan yang berlaku. Yang tak berlaku saya tak boleh cakap. Jadi kalau kita cakap, oh, ini Felda ambil tindakan kerana tak ada, tak berlaku, tetapi benda itu tak berlaku. Yang berlaku adalah yang ini. Jadi saya boleh komen kepada apa yang berlakulah.

W: Boleh tak share nama Ahli Lembaga Pengarah..

SS: Buat kerja sikit.. Bantu saya.

W: Kalau ikut urus tadbir Felda sendiri, kalau memberi kuasa kepada syarikat swasta, adakah melalui jawatankuasa penilaian ataupun bagaimana?

SS: Keputusan itu seperti saya katakan tadi telah dibuat oleh lembaga. Walaupun tarikh PA yang diberi pada.. tarikh PA ialah pada 3 Jun 2014. 2 September dibincang dalam.. dan disahkan dalam Lembaga Felda. Tetapi saya difahamkan ada juga resolusi lembaga secara pekeliling yang mengenai dengan PA ini. Jadi saya tak pertikaikan PA. Saya pertikaikan pemindahan milik tanah itu dan yang dijual kepada satu pihak yang lain menggunakan PA itu. Dan SNP itu pun kita baru tahu pada bulan Januari 2017.

Jadi walaupun ia beribu berapa dolar pada 2014, mana-mana keputusan lembaga dibuat saya tak pertikaikan.. itu keputusan ikut lembaga. Kalau prosedurnya betul kecuali.. ini pula menjanjikan bahawa ianya tidak menepati urus tadbir, tidak menepati peraturan dan sebagainya.. itu rundingan akan dibuat lah. Tetapi bagi saya, saya terperanjat bila tengok tanah itu sudah dipindah milik dan adanya transaksi yang disebutkan nilai wang yang disebutkan.. dan sedangkan dia jual sesama dia mungkin duit itu akan balik kepada dialah..agaknya. Agaknya la kan.. sebab yang jual itu pihak yang terbabit jual kepada lembaga dia. Sebagai syarikat dan transaksi itu antaranya dia punya lah.. agaknya lah.. Kiranya tu lah..

W: 2014, keputusan dibuat oleh DG?

SS: DG ketika itu Datuk Faizol.

DI: Saya nak minta satu saja bantuan untuk pihak media ya. Ada tiga perkara mustahak untuk kita maklumkan kepada khalayak pertama, kita ada private kaveat, jangan risau tentang hak milik, itu soal lain.. itu pasal di mahkamah. Tapi kita ada private kaveat kepada tanah-tanah yang dimaksudkan.. tapi yang penting buat masa ini, inilah protector kita ada private kaveat.

Nombor dua, kita telah pun buat police report, ini sangat mustahak untuk kita bagitahu kepada khalayak bahawa tindakan yang sewajarnya telah diambil. Yang ketiga, Januari kita akan jalankan audit penuh kepada keseluruhan transaksi kepada soalan-soalan yang ditanyakan tadi. Tiga perkara ini mustahak untuk umum tahu bahawa kita ambil serius tentang masalah ini.. walaupun hampir setahun selepas kita ketahui kita cuba menyelesaikannya. Namun begitu kita sudah sampai ke stage macam ini, tapi kita tak akan membiarkan kepentingan mereka itu terjejas.

SS: Boleh saya tambah. Kita juga akan mengambil tindakan untuk membatalkan PA yang berkenaan. Ini yang kita lakukan secepat mungkin. Kedua kita juga akan daftarkan kaveat kita kepada tanah yang berkenaan dan kita juga akan melihat kemungkinan tindakan undang-undang secara sivil kepada pihak-pihak yang terlibat. Maknanya laporan polis ini kita tidak berhenti situ saja. Kita tidak akan berhenti dengan laporan polis, kita akan buat pihak JPM akan melantik dan mengaudit dengan syarikat audit luar untuk buat pengauditan. Kita akan membantu prosedur untuk membatalkan PA itu dan kita juga akan.. baru cakap dah lupa..

Kita akan ambil tindakan kita akan meletakkan mendaftarkan kaveat kita.. kaveat atas tanah itu dan kita akan ambil juga tindakan undang-undang dari segi secara sivil. Jadi ini semua nasihat dan tindakan yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri.

W: Apa beza private kaveat dengan yang nak daftar dengan Felda ni?

SS: Private kaveat ini lemah. Kalau daftar itu lagi kuat. Register kaveat dengan pejabat tanah. Kita harap pejabat tanah wilayah akan bekerjasamalah dengan kita, janganlah macam hari tu, mengelak-ngelak.

W: Sebelum proses, beri PA sebelum mendapat kelulusan mengikut prosedur atau tidak?

RI: Dia sebenarnya semua benda ini concurrent, tanpa audit pun kita sudah ada sebahagian. Tapi audit ini dia konklusif, complete siasatanlah. Sebenarnya begini, Felda ada pandangan dia, pihak syarikat pun ada pandangan dia, sebab itu kita bertelingkah ini. Jadi kita buat semua ini concurrent ini, yang disebut tadi itu berborak serentak. Sebab itu negotiation dengan syarikat itu pun saya tidak rasa sudah ditutup mungkin sebab benda-benda yang akan terbuka balik. Tak mengapa apa-apa pun kita tidak mahu perkara ini berlarutan semacam ada satu kerugian berlaku dari pihak berkenaan.

SS: Bukanlah kita ini.. menutupnya atau cut back. Tetapi dia adil, masa proses kita itu kena betul supaya kita pun perlu ambil nasihat undang-undang, nasihat lembaga peguam, nasihat dari pihak kerajaan, kawal selia dan sebagainya. Kita kena melibatnya semua pihak.

W: Soalan (tak jelas)

SS: We don’t know. That one we don’t know. But, I start this process will undertake all the proof for us to do. Which is other police report we have done or we will report di Tawau tadi.. we will took register kaveat. We will see, we will can do a civil soon and then the audit the whole episode at the whole thing we will settle up. Maknanya whole of thing la.. buat report polis pun kita diam juga.. pasal kita pun kena tunjuk ada tindakan serius.

W: Soalan (tak jelas)

SS: Why you ask like this? I can’t speak on behalf of them.

W: Soalan (tak jelas)

RI: Maksudnya apa yang kita buat ini tidak bermaksud bahawa rundingan itu dah tertutup.. lainlah kalau dia hendak datang runding, masih salah satu opsyen.

SS : Dia hendak serahkan balik tanah itu dan say sorry.

W: Kalau tak nak serah duit?

SS: Itu yang kita nak bincang. Awak rasa dia nak serah duit? Kita expect itu yang kita kena tunggu benda itu berlaku, you tanya pada dia apa nak dibuat kan. Dia menyalahkan awak semua? Tak tanya company?

W: Kalau dia bagi duit, Felda akan ambil ke tak?

SS: We are not interested into money la. Saya punya kalau baca Berita Harian, kita nak kan tanah tu tau.

Berita berkaitan

Isa Samad elak bertemu wartawan

Shahrir 'terpegun' mudahnya FELDA hilang tanah

'RM200 juta tuu...bukannya sikit!'

Disiarkan pada: December 22, 2017 @ 10:43pm
d