utama

Erti kejujuran

Oleh Gazette Live

 

PERNAHKAH anda tidak dapat membayar harga hidangan tetapi beberapa hari kemudian melunaskannya?

Itulah yang berlaku kepada tiga pemuda yang sedap menikmati hidangan tetapi kemudian mendapati kad kredit tidak diterima di restoran Kilimandjaro di Middlesbrough, 8 Disember lalu.

Mereka kemudiannya berjanji kepada pekerja restoran itu akan membayar harga hidangan tetapi perlu mencari mesin ATM untuk mengeluarkan duit.

Bagaimanapun, ketika sibuk mencari mesin ATM, ketiga-tiganya yang bukannya orang Middlesbrough terperasan kereta api mereka hendak berlepas.

Keadaan itu menyebabkan mereka terlupa langsung mengenai hidangan yang belum dibayar.

Mujur harga hidangan tidak begitu merugikan pemilik restoran Kilimandjaro, Apollo Apollinaire.

Bercakap kepada Gazette Live Apollo berkata: "Ketika itu, kami amat menyesal. Biasanya pelanggan tidak keluar beramai-ramai mencari mesin ATM.

"Saya beritahu pekerja perlu berhati-hati selepas ini atau minta barang berharga sehingga mereka (pelanggan) datang semula dengan duit.

"Tapi kami tak boleh terima apabila mereka meninggalkan restoran dan tak datang lagi."

Begitupun, dia terkejut apabila menerima sampul berisi £40 yang siap dengan penjelasan - ketika dia hilang kepercayaan terhadap nilai kemanusiaan.

Surat minta maaf itu berbunyi: "We exited Kilimandjaros to embark on a search for A.T.M machine.

"On our search, it was apparent that the last train to our hometown was shortly about to depart.

"This diverted our attention away from finding an A.T.M machine and led to us running to the train station and just making our train.

"It was at this point, being too late, we realised our actions and decided to write this letter of apology with £40 enclosed in this envelope."

Sebagai tambahan, tiga sahabat itu memberikan lima bintang buat restoran itu dalam Trip Advisor.

Apollo turut memuatkan salinan surat itu di laman Facebook Kilimandjaro bagi melahirkan penghargaan kerana dirinya tidak menyangka masih ada insan seperti tiga pemuda itu.

Selain itu, Apollo turut menawarkan hidangan percuma kepada tiga pemuda itu di laman sosial kerana surat yang diterimanya tiada maklumat penghantar.

"If you reading this guys, get in touch. A free meal awaits!," kata Apollo.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1978538795760848&id=16092457...

 

Disiarkan pada: December 23, 2017 @ 11:29am
d