utama

'Kau masih Iqram yang ku kenal'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

“AKAK percaya, kau masih Iqram Dinzly yang aku kenal dulu,” kata pengarah, Erma Fatima di Instagram miliknya mengenai keadaan pelakon, Iqram Dinzly yang berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini.

Erma menerusi status sama berkata, dia tidak percaya dengan apa yang diperkatakan segelintir pihak terutama netizen malah yakin Iqram masih seperti dahulu.

“Di mana jua kau berada dik, akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan. Setiap kali akak tengok video ‘live’ kau, setiap kali hati akak yakin kau membuat persembahan atas panggung untuk kami melihat diri kami.

“Maki hamun, keji mengeji, itulah kita. Terima kasih dik kerana mengingatkan kami tentang diri kami,” tulis Erma.

Terdahulu, dalam laporan akhbar ini, Iqram menjelaskan tidak ada apa yang pelik mengenai dirinya kerana dia menjadi diri sendiri.

Iqram juga menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.

Iqram juga berharap netizen henti fikir yang bukan-bukan mengenainya kerana dia mengakui kehidupannya semakin bahagia.

Dalam masa sama, Iqram memberitahu dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

"Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan mama Princhiqy sekaran," katanya.

Berita berkaitan:

Saya tak kacau orang pun

Lagi aksi gila, lucah Iqram di alam maya

Disiarkan pada: December 25, 2017 @ 3:09pm
d