utama

Karaoke, koma, meninggal dunia....

Oleh Agensi

Seorang model sambilan meninggal dunia selepas koma selama tiga hari susulan rasa kebas sebelah badan dan sakit kepala ketika berkaraoke bersama rakannya pada 12 Disember lalu.

Karen Stella Wong dibawa ke Hospital Umum Singapura (SGH) tetapi koma tiga hari sebelum meninggal dunia, lapor Straits Times memetik akhbar Shin Min Daily News.

Menurut bapanya, Laurence Wong, doktor mengesahkan punca kematian anaknya akibat perdarahan intraserebrum akut iaitu apabila pendarahan berlaku di dalam tengkorak.

Susulan itu, dia menafikan laporan media berbahasa Cina tempatan yang mendakwa Karen mati akibat menyanyi not terlalu tinggi.

“€œDia tiada masalah kesihatan, cuma sekali-sekala sakit kepala tetapi itu biasalah. Doktor mengakui sakit kepala mungkin satu gejala tetapi mana ada orang melakukan imbasan semata-mata kerana sakit kepala,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang bujang itu juga diwajibkan mengikut undang-undang untuk mendermakan organ, dan susulan itu mendermakan buah pinggang serta hati.

“œTidak mudah untuk kami menerima hakikat itu, tetapi saya kemudian dimaklumkan mereka dapat menyelamatkan tiga pesakit menggunakan organnya.

“œDia satu-satunya anak kami. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana isteri akan meneruskan kehidupan kerana mereka berdua amat rapat. Saya sendiri juga tidak henti menangis selama dua hari.

“Ibu saya belum tahu lagi. Dia tidak membaca akhbar,” katanya.

Disiarkan pada: December 26, 2017 @ 10:58pm
d