utama

[UPDATE] 'Tolong! Tolong' [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

LIMA BELAS rumah terbakar di Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Syawal , 20, dia terdengar jeritan meminta tolong, 8.30 pagi tadi.

“Saya tengah tidur terkejut bila dengar orang jerit: ‘Tolong! Tolong!’ dan ternampak api di rumah jiran.

“Saya ambil pemadam api kerana menyangka keadaan api kecil dan boleh dipadamkan.

“Api itu kelihatan kecil di ruang tamu rumah jiran. Bagaimanapun, apabila saya sembur pemadam api, api makin marak,” katanya.

Menurutnya, jiran lain yang turut berada di lokasi kejadian terus menghubungi balai bomba.

Sementara itu, jurucakap bomba yang berada di lokasi kejadian berkata, kejadian berkenaan tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kebakaran ini menyebabkan 15 rumah terbakar.

“Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada membabitkan mangsa,” katanya.

Berita berkaitan:

Panik Kampung Baru terbakar

Disiarkan pada: December 29, 2017 @ 12:08pm
d