utama

Alhamdulillah, Fizo, Mawar timang cahaya mata

Oleh Najiy Jefri

Isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim, 28, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram (kg) di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 4.01 petang, hari ini.

Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram peribadinya.

“€œAlhamdulillah, syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg pam 4.01 petang tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Fizo dan Mawar akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung selepas isterinya mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim awal tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 10 November 2013.

Disiarkan pada: December 29, 2017 @ 10:33pm
d