utama

Tok Manaf meninggal dunia

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

WARGA emas lelaki, Abdul Manaf Mohd Noh, 81, yang menjalani pembedahan jantung terbuka di hospital di Seoul, Korea Selatan, 4 Disember lalu meninggal dunia 6.05 pagi, hari ini.

Anaknya, Mahfiz Abdul memaklumkan perkara itu menerusi laman sosial Facebooknya.

Jenazah Abdul Manaf atau Tok Manaf akan dibawa pulang ke rumahnya di Kota Damansara.

Jenazah kemudian akan dibawa ke masjid Kota Damansara selepas solat Zohor untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara Seksyen 9.

"Kami mengucapkan terima kasih atas semua doa dan sokongan yang diberikan bulan lalu," katanya menerusi status di Facebook.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, warga emas berkenaan dirawat selama 24 hari di hospital di Seoul, Korea Selatan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka dengan kos RM1.3 juta sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Berita berkaitan

24 hari dirawat di Seoul, RM1.3 juta

Bil hospital semakin meningkat

Percutian sayu

Dah bayar RM475,000, perlu lebih RM300,000 lagi

Disiarkan pada: January 10, 2018 @ 11:29am
d