utama

Amarah isteri kedua

Oleh Detik.com

ISTERI kedua bertindak membunuh suaminya yang dikatakan mengadakan hubungan sulit apabila membelasah mati lelaki itu dengan bantuan lima yang lain, termasuk anak tiri mangsa.

Dalam kejadian di Pekanbaru, Riau, Sari Purwati, 44, dipercayai membunuh suaminya Amrin, 62, susulan satu pertengkaran, kata Ketua Polis Riau Susanto kepada pemberita, semalam.

“Enam orang yang dipercayai membelasahnya sehingga mati sudah ditangkap termasuk isteri kedua. Semuanya anggota satu keluarga.

“Kami turut menyoal wanita disyaki kekasih mangsa yang berusia 29 tahun. Wanita terbabit turut diikat dan dipaksa menyaksikan mangsa dibelasah,” katanya.

Kejadian berlaku sekitar di satu rumah pada 12.45 tengah malam.

Susanto berkata, pihaknya kini menyiasat kejadian itu untuk memastikan peranan setiap suspek yang ditahan.

Berita asal

Istri Kedua Bunuh Suaminya Saat Selingkuh

Disiarkan pada: January 13, 2018 @ 7:02pm
d