utama

Mujur nyawa masih panjang!

JALAN Jemaluang-Mersing, di Mersing, Johor ditutup untuk laluan semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 16, awal pagi ini.

Ketua Polis Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata runtuhan itu membabitkan keluasan sebesar 70 meter dengan ketinggian cerun 15 meter.

“Kita menerima panggilan orang awam mengenai tanah runtuh pada 2.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan, laluan tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan sama ada ringan atau berat.

“Sehubungan itu, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, pengguna jalan raya yang mahu ke Johor Bahru atau Mersing boleh menggunakan jalan alternatif iaitu melalui Jalan Nitar-Jemaluang.

Cyril berkata, dalam kejadian itu, terdapat satu kenderaan pacuan empat roda terhumban jatuh dalam runtuhan itu.

Bagaimanapun katanya, pemandu dan penumpang kereta cedera dan dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut.

Disiarkan pada: January 15, 2018 @ 10:45am
d