utama

Sah! Farid Kamil didakwa di mahkamah

Oleh Sarah Zulkifli dan Norizuan Shamsuddin

PELAKON dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas empat tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara, Khamis minggu lalu.

Farid Kamil sebelum ini dibawa semula ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya 10.57 pagi ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu tamat reman pada hari ini selepas ditahan selama lima hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung kes menampar polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Disiarkan pada: January 16, 2018 @ 11:54am
d