utama

Rakyat kita terkorban di Phattalung, Thailand

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

SEORANG lelaki rakyat Malaysia yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi di Phattalung, Thailand, maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan jam 4 petang tadi (5 petang waktu Malaysia) hari ini.

Mangsa, Muhammad Ariff Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng parah.

Menurut sumber pihak berkuasa Daerah Paborn, Selatan Thailand, ketika kejadian mangsa dan isteri berkonvoi bersama empat lagi rakan mereka dalam perjalanan menuju ke Koh Samui.

Katanya, konvoi berkenaan melalui Lebuhraya Petchakasem terletak antara Hatyai dan wilayah Phattalung sebelum mangsa melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya dilakukan polis Thailand.

“Mangsa dipercayai tidak sempat menekan brek terus merempuh belakang pacuan empat roda itu menyebabkan kedua-duanya terhumban ke tengah jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala isterinya yang parah dibawa ke Hospital Phattalung bagi mendapatkan rawatan lanjut”€ katanya.

Difahamkan, wakil Konsulat Malaysia di Songkhla turut melawat mangsa di Hospital Phattalung selain bagi membantu urusan keluarga mangsa untuk menuntut serta membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia.

Disiarkan pada: January 16, 2018 @ 11:19pm
d