utama

[UPDATE] Mangsa kemalangan dikenal pasti

Oleh Muhammad Apendy Issahak

EMPAT mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 278.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, hari ini berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Identiti mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan 5.36 pagi itu adalah Rafiq Hafizi Rahmi, 21, berasal dari Kampung Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Mohamad Syarif Mohamad Said, 30, berasal dari Kampung Muhibah, Sungai Siput yang kedua-duanya meninggal dunia dilokasi kejadian.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh adalah Muhsin Muhamad Wazer, 23, berasal dari Layang Layang Kiri, Parit dan Mohamad Hafiz Jabon, 33, dari FELCRA Nasaruddin (B).

Semua keluarga mangsa kini berada di Jabatan Forensik HRPB untuk menuntut jenazah dan difahamkan bedah siasat sedang dijalankan.

Berita berkaitan:

Empat maut kemalangan

Disiarkan pada: January 21, 2018 @ 11:12am
d