utama

Yala bergegar

Oleh AFP

TIGA maut manakala 22 lagi cedera selepas bom motosikal meletup di pasar di Yala, Thailand.

Menurut polis, suspek meletakkan motosikal berkenaan di hadapan gerai menjual daging babi di pinggir Yala sebelum ia meletup kira-kira 10 minit kemudian.

“Ini adalah serangan terbesar di Yala dalam tempoh dua tahun dan ia agak serius kerana menyebabkan orang awam mati,” kata polis kepada AFP.

Punca serangan itu tidak diketahui sama ada ia sengaja mensasarkan gerai terbabit dan pelanggannya.

Manakala jurucakap tentera Yala, Pramote Prom-in mengesahkan angka kematian terbabit sambil menambah 22 mangsa lagi kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.

Selatan Thailand yang didiami majoriti penduduk Muslim, sekian lama menjadi lokasi pemberontakan bagi mendapatkan kuasa autonomi.

Pemberontakan itu mengorbankan hampir 7,000 nyawa sejak 2004 dan majoritinya membabitkan orang awam.

Angka kematian tahun lalu bagaimanapun adalah paling rendah dalam tempoh 13 tahun berikutan terdapat usaha rundingan damai selain junta Thailand memperketatkan keselamatan di wilayah itu.

Disiarkan pada: January 22, 2018 @ 3:15pm
d