utama

Iktibar kisah Rasulullah

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Selama ini kita hanya mendengar kisah Rasulullah SAW mengenai kepayahan baginda menyebarkan agama Islam. Walaupun tidak hidup pada zaman Rasulullah dan bertemu dengan baginda, kita tetap beruntung kerana beriman kepadanya.

Siapa Rasulullah? Mengapa baginda digelar sebagai Al-Amin? Apa sumbangan baginda terhadap Islam? Persoalan ini jika ditanya kepada umat Islam pasti ada yang masih ‘tergagap’ untuk menjawabnya.

Bagi terus mengingati sumbangan dan jasa Rasulullah dalam dunia Islam, Yayasan Restu mengadakan Pameran Rehlah Nabawiyyah iaitu kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad daripada sebelum kelahiran baginda sehingga kewafatannya.

Pameran ini bermula 18 November 2017 di Galeri 1, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor. Pengunjung bakal mengalami sendiri perjalanan hidup Rasulullah dalam bentuk lukisan 3D, model, replika, video, hologram, miniatur, prop dan ‘augmented reality’ selain mengalami pengalaman.

Hebat kisah insan teragung yang amat mencintai kita sebagai umat baginda.

Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam Yayasan Restu, Mohamed Anwar Abu Bakar berkata, objektif utama pameran Rehlah Nabawiyyah bagi meningkatkan lagi kecintaan kepada Nabi Muhammad.

“Pameran pertama ini berkonsep ilmu dan dakwah secara realiti dalam bentuk teknologi terkini bagi memudahkan pengunjung menghayati sepenuhnya selain mendapat ilmu dengan lebih mendalam dan berkesan.

“Selain itu, pameran ini juga selari dengan aspirasi Yayasan Restu dan Nasyrul Quran dalam menyebarkan ilmu al-Quran dan usaha dakwah berterusan untuk manfaat ummah,” katanya ketika ditemui, baru-baruini. Menurutnya, dia bersama pasukan Yayasan Restu mengambil masa kira-kira dua tahun bagi menyiapkan pameran itu.

Katanya, dalam tempoh itu, mereka bekerja kera membuat penyelidikan, rujukan, isi kandungan, cara penyampaian dan sebagainya bagi memberi informasi yang tepat kepada pengunjung.

“Kami perlu berhatihati terutama apabila mengambil rujukan daripada hadis kerana bimbang ia bertentangan dengan apa yang disampaikan.

Kami juga mendapatkan pandangan dan kelulusan mufti terlebih dulu bagi mengesahkan maklumat dan hadis yang diperoleh.

“Alhamdulillah setakat ini kami menerima komen yang positif daripada orang ramai malah pengunjung dari Madinah iaitu Sheikh Abdul Kabeer Abdul Kareem sendiri menyatakan beliau seperti berada di tanah Arab ketika mengadakan lawatan ke sini,” katanya.

Bukan Sekadar Sejarah Tapi Peradaban ialah tema yang diketengahkan dalam pameran ini. Peradaban adalah satu kecemerlangan

Disiarkan pada: January 28, 2018 @ 6:51am
d