utama

Ezatty kena bedah segera

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PELAKON Ezatty Abdullah, 27, terpaksa menjalani pembedahan segera jam 4 petang tadi, hari ini di sebuah hospital swasta.

“Saya menjalani pembedahan payu dara kerana mengalami bengkak susu. Bengkak itu sudah lama dan mula bernanah. Biasanya kalau bengkak susu, saya pam akan okey.

“Tapi kali ini apabila pam, tak okey. Saya sudah ikut semua petua yang ada. Balik saja dari Singapura semalam, ia menjadi semakin teruk,” katanya dihubungi Harian Metro.

Katanya, doktor cuba memberi rawatan biasa dengan menyuntik keluar lebihan susu pagi tadi malangnya bengkak dialami semakin teruk.

Katanya lagi, dia perlu menjalani rawatan mencuci luka setiap hari selama seminggu selepas dibenarkan keluar daripada hospital, esok.

Ezzaty dan suaminya, Azwan Kombos dikurniakan anak perempuan diberi nama Harum Dahlia pada 6 Disember tahun lalu.

Pasangan pelakon itu berkahwin pada Julai 2016.

Disiarkan pada: January 29, 2018 @ 7:42pm
d