utama

Apa punya ibu

Oleh Agensi

Moscow: Seorang ibu muda dengan kejam membiarkan bayinya berusia sembilan bulan mati kebuluran sementara dia berpesta selama seminggu dengan rakannya, sehingga kanak-kanak malang itu cuma tinggal kulit dan tulang apabila mayatnya ditemui.

Viktoria Kuznetsova, 17, dipenjara enam tahun setengah kerana membunuh anaknya Egor, malah dipercayai merancang berbuat demikian sejak memasuki kolej.

Remaja dari Rostov, utara Russia itu sedikitpun tidak menunjukkan emosi ketika hukuman dibacakan di mahkamah.

Viktoria menunggu sehingga suaminya menjalani latihan ketenteraan sebelum membiarkan bayi itu sendirian di rumah dalam kereta sorong di mana Egor dibiarkan kebuluran sementara dia keluar berpesta.

Dia tinggal di bilik asrama pelajar berbeza selama seminggu dan hanya pulang ke rumah sekali untuk memberi air kepada anjingnya tetapi langsung tidak menjenguk bayinya.

Menurut hakim, punca kematian bayi itu adalah dehidrasi dan kebuluran.

“Ketika bayi itu ditemui di rumah Viktoria, dia sudahpun mati dengan kedua-dua matanya terbeliak.

“Menurut siasatan, bayi terbabit hanya tinggal kulit dan tulang.

“Bedah siasat menunjukkan organ dalaman bayi itu gagal berfungsi satu demi satu kerana kekurangan makanan dan air,” kata hakim.

Saluran televisyen Russia, NTV berkata, jirannya yang bimbang kerana tidak pernah melihat dua beranak itu bertindak menghubungi pihak polis.

Menurut laporan, Viktoria memberitahu rakannya yang bayi itu bersama ibu saudaranya.

Viktoria mengakui perbuatannya kepada polis dan berkata, dia cuba menghantar bayi itu ke rumah anak yatim ketika berusia sebulan tetapi kemudian dihantar pulang.

Disiarkan pada: January 31, 2018 @ 2:52am
d