utama

Niena sah milik Aliff

Oleh Najiy Jefri

PELAKON Niena Baharun selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Aliff di Dewan Bulat, Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Kelantan, hari ini.

Menerusi Instagram teman baik pelakon itu, Rozsha Rozlan memuat naik gambar dan video di ruangan stories pernikahan dramatis terbabit.

"Hari besar Aliff x Niena #nienaliff #bffwedding," tulisnya.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup itu berlangsung selepas solat Zuhur.

Razsha turut berkongsi video Live di Instagram, sempat merakamkan detik indah Niena yang anggun mengenakan busana serba putih.

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu mengalirkan air mata saat sah bergelar isteri.

Akaun Instagram Niena pada masa yang sama turut dihujani ucapan tahniah dengan rata-rata pengikutnya terkejut.

Sebelum ini, Niena mengakui hatinya sudah dimiliki sejak lima tahun lalu namun belum bersedia mahu berkongsi sepenuhnya gerangan jejaka bertakhta di sanubari.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan reaksi Niena menemui jalan buntu apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Disiarkan pada: February 1, 2018 @ 4:25pm
d