utama

[UPDATE] Guru tuduh pelajar curi dipanggil polis

Oleh Shamsul Munir Safini

POLIS sudah memanggil suami isteri yang juga guru yang didakwa menuduh pelajar tingkatan dua mencuri telefon pintar sehingga mangsa membunuh diri 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, pasangan berusia 48 dan 49 tahun itu dipanggil bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat keluarga mangsa ke atas mereka minggu lalu.

Katanya, pasangan berkenaan tidak ditahan sebaliknya dipanggil polis bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan juga sudah siap dan sudah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan dan masih belum menerima jawapan daripada pihak berkenaan.

"Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri," katanya.

Menurutnya, polis juga menolak dakwaan kononnya terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa akibat pukulan.

Katanya, kecederaan hanya ditemui di leher mangsa ekoran kesan jerutan.

Berita berkaitan

‘Saya yakin Vasanthapiriya tak mencuri’ - Rakan [METROTV]

Air mata untuk Vasanthapiriya

'Kami mahu keadilan' [METROTV]

Disiarkan pada: February 2, 2018 @ 6:50pm
d