utama

Metro@7 - 6 Februari 2018

Oleh HM Digital

• Ketidakpuasan hati berhubung tindakan penguatkuasaan dijalankan JPJ dipercayai punca lima kenderaan termasuk tiga kenderaan jabatan itu dibakar di Stesen Penguatkuasaan JPJ Timbang Lori, Kuala Kangsar.

• Polis mengesan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kopi campuran segera yang menyebabkan tujuh mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dua minggu lalu.

• Polis Kontinjen Sarawak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM137,662 yang dirampas dalam pelbagai siri serbuan.

• Bekas penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM6,000, tahun lalu.

• Cadangan untuk melatih kumpulan sukarelawan belia kampung di Telupid yang terdedah kepada ancaman gajah perlu dipercepatkan bagi mengelak insiden buruk.

• Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan koridor pasaran yang menghubungkan bursa kedua-dua negara.

Disiarkan pada: February 6, 2018 @ 6:54pm
d