utama

Kebetulan terjumpa Zizan

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON popular Mira Filzah menafikan datang bersama dengan pelawak Zizan Razak pada Malam Gala Teater Ola Bola The Musical yang berlangsung di Istana Budaya, semalam.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman dilihat duduk sebaris dan selang beberapa tempat dengan Zizan.

"Saya tidak datang dengan dia. Saya hadir bersama rakan perempuan yang juga kawan lama ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Kami datang, bersiap dan menaiki kereta bersama. Kebetulan, ketika saya berada dalam dewan tidak menjangka pula terjumpa Zizan," katanya kepada Harian Metro.

Mira yang juga pengacara program Nona di TV3 berkata, dia dengan Zizan masih berkawan.

"Macam saya pernah katakan dahulu, saya dengan dia hanya kawan dan tidak lebih daripada itu. Malah, kami masih baik dan tidak pernah bergaduh pun," katanya.

Disiarkan pada: February 8, 2018 @ 3:49pm
d