utama

71 nyawa terkorban?

AFP

PESAWAT Russia membawa 71 penumpang dan anak kapal terhempas di pinggir Moscow, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Domodedovo, hari ini.

Menurut laporan media Russia, pesawat Antonov An-148 itu adalah penerbangan domestik milik Saratov Airlines yang dalam perjalanan ke Orsk di Urals apabila terhempas di daerah Ramensky, dekat Moscow.

Media Russia turut melaporkan pesawat itu membawa 65 penumpang dan enam anak kapal.

Saksi perkampungan Argunovodilapor memberitahu, mereka melihat pesawat itu itu terbakar ketika jatuh.

Sumber agensi penyelamat Russia memberitahu agensi berita Interfax, seramai 71 orang dalam kapal itu tiada peluang untuk hidup.

Menurut laporan agensi itu, serpihan pesawat terbabit bertaburan dalam kawasan yang luas.

Disiarkan pada: February 11, 2018 @ 9:59pm
d