utama

Bangunan KWSP terbakar [METROTV]

Oleh Mohd Hasbi Sidek dan Mohd Azam Shah Yaacob

BANGUNAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan gasing, Petaling Jaya terbakar dalam kejadian kira-kira 12 tengahari tadi.

Sehingga kini, asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Pada masa ini, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tiada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran dan sehingga kini juga belum ada lagi laporan jika terdapat mangsa yang tercedera atau terperangkap akibat kebakaran itu.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: February 13, 2018 @ 12:38pm
d