utama

Azmil kembali ke rahmatullah

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

PELAKON popular era 1980-an yang dikenali menerusi filem Ali Setan dan Mekanik, Azmil Mustapha meninggal dunia kira jam 1 petang tadi, hari ini di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Adik Allahyarham, Aziph berkata, Azmil meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.

Aziph ketika dihubungi memaklumkan dia dalam perjalanan ke rumah arwah dari Sepang.

“€œBuat masa ini kami belum boleh memberikan kenyataan lanjut berkenaan masa dan lokasi pengebumian,” katanya.

Azmil, 65 sebelum ini pernah beberapa kali dirawat di hospital akibat masalah jantung.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Ustaz Azmil, meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Disiarkan pada: February 14, 2018 @ 3:01pm
d