utama

[UPDATE] Semoga adik Khaizuran ditemui

Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah dan Azlan Hafeedz

USAHA mengesan seorang lagi mangsa dikhuatiri lemas dalam tragedi di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, hari ini, masih giat dijalankan pihak berkuasa.

Dalam kejadian 10 pagi itu, percutian keluarga sempena sambutan Tahun Baharu Cina berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka ditemui lemas.

Mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Yazul Bahari Yakob, 46; Yusnina Yakob, 38; Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10; dan Zufika Suhaimi, 10.

Bagaimanapun, Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan, 10.34 pagi tadi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa ditemui orang awam. Usaha mengesan mencari baki mangsa lain diteruskan sebelum kita menemui tiga lagi 10 minit kemudian

"Usaha mengesan seorang lagi mangsa masih dijalankan," katanya.

Berita berkaitan:

Empat sekeluarga lemas

Disiarkan pada: February 16, 2018 @ 2:07pm
d