utama

[UPDATE] Empat sekeluarga satu liang lahad [METROTV]

Oleh Mohamed Sahidi Yusof

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Pasir/Padang Kijang, Tanah Merah, apabila jenazah empat sekeluarga yang lemas di Pantai Tok Bali semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, 11.45 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Yazul Bahari Yacob, 46; adiknya, Yusnina Yacob, 38; anaknnya, Yasmin Nor Aliza, 10; dan anak saudara, Zufika Suhaimi, 10, yang tiba dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, dibawa ke rumah bapa Yazul dan Yusnina, Yacob Ismail, 68, di kampung itu kira-kira 10 malam.

Jenazah kemudian disembahyangkan di rumah itu oleh hampir 100 jemaah dengan diimamkan Imam Tua Masjid Mukim Alor Pasir, Yahya Daud.

Penaung Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT), Datuk Seri Muhammud Supardi Md Nor turut menziarahi dan menyaksikan jenazah disemadikan di tanah perkuburan.

Dalam kejadian pagi semalam, mayat Yazul Bahari, Yusnina, Yasmin Nor Aliza dan Zulaikha ditemui pada hari sama manakala mayat mangsa kelima, Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, ditemui pada 9.45 pagi tadi.

Difahamkan, keluarga berkenaan berkumpul di Pantai Tok Bali bagi meluangkan masa bersama sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, Yacob ketika ditemui berkata, mereka reda dan menyifatkan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian berkenaan.

“Allah lebih menyayangi mereka,” katanya.

Berita berkaitan:

‘Mereka terkapai-kapai, minta diselamatkan...’

Semoga adik Khaizuran ditemui

Empat sekeluarga lemas

Disiarkan pada: February 17, 2018 @ 12:50pm
d