utama

Good bye Elfira...

Oleh Sudirman Mohd Tahir

"SEMUANYA sudah selesai mengikut adat," kata penyanyi Sufian Suhaimi berhubung tindakan keluarga pelakon, Elfira Loy yang memulangkan cincin pertunangan.

Sufian, 26, berkata, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin dan anggota lain pelakon itu memulangkan cincin kepada kedua orang tuanya di Muar, petang semalam.

"Saya tidak ada ketika keluarga Elfira datang ke rumah. Namun, kedua ibu bapa saya memaklumkan perkara ini, petang semalam.

"Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang mengambil tahu mengenai kami dan saya berterima kasih kepada semua," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir berkata, dia mahu fokus kepada lagu baru bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Ada pepatah Inggeris berkata, 'a broken heart creates a masterpiece'.

"Selepas ini, saya nak kongsi apa yang saya rasa melalui lagu," katanya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan keluarga Elfira mengesahkan sudah putus tunang dan akan memulangkan cincin kepada keluarga Sufian.

Dalam masa sama, Sufian menyerahkan perkara itu kepada keluarganya.

Berita berkaitan:

'Hati mau kental, Sufian'

Berita berkaitan:

'Hubungan dengan Elfira masih baik' - Sufian

Disiarkan pada: February 19, 2018 @ 4:00pm
d