utama

7 pemancing dikhuatiri lemas

Oleh Mohd Hasbi Sidek

TUJUH pemancing dikhuatiri lemas, manakala dua lagi selamat selepas dihanyutkan arus deras sungai ketika sedang memancing berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh di sini, kira-kira 5 petang, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.42 petang.

"Seramai 20 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Batu Arang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Laporan awal mendapati terdapat sembilan mangsa sedang memancing di kawasan berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras sungai.

"Dua daripada mangsa berjaya diselamatkan, manakala tujuh lagi masih hilang.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: February 19, 2018 @ 7:39pm
d