utama

Reda satu kaki [METROTV]

Oleh Siti Khairunnisa Mohamad Nayan

Kuala Lumpur: Pada usia 15 tahun dia menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila kaki kanan dari paras paha ke bawah dipotong kerana tulang hancur akibat terbabit kemalangan jalan raya.

Namun itu bukan penghalang bagi Siti Hajar Hussin, 31, untuk mencari kepuasan dalam hidup dengan menggayakan pelbagai fesyen mengikut trend terkini, malah aksinya di hadapan lensa sama seperti model terkemuka.

Di sebalik status orang kurang upaya (OKU) wanita itu mampu memandu, menunggang motosikal, berdiri sebelah kaki selama lima hingga lapan jam, melakukan lompat tali (skipping) dan menari.

Bagi mencabar kemampuan diri, dia mendaki 272 anak tangga untuk ke puncak kuil di Batu Caves dan ternyata mampu melakukan aktiviti lasak itu.

Siti Hajar yang lebih selesa dengan panggilan Sara berkata, dia tidak malu memuat naik gambarnya bergaya di depan lensa di akaun Instagram miliknya meskipun ada dalam kalangan netizen memberikan komen negatif.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: February 27, 2018 @ 6:52am
d