utama

'Tak datang tapi kecoh...' [METROTV]

Oleh Riadz Radzi

PENGACARA dan pelakon popular Neelofa mempertahankan tindakannya mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-29 di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, malam tadi walaupun menerima kecaman teruk daripada netizen.

Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTop, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.

"Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah, tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.

"Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku," katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria itu, malam ini.

Sebelum ini, majlis berkenaan tular di media sosial menyebabkan Neelofa menerima kecaman teruk.

Berita berkaitan

Surat terbuka Mufti WP buat Neelofa

Pilih pasal bajet, logistik dan praktikal

Neelofa perlu bertaubat, muhasabah diri

Disiarkan pada: February 27, 2018 @ 11:01pm
d