utama

Mufti dah beri pendapat, cukuplah

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

“VIDEO sekadar suka-suka”.

Begitu kata pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi menyifatkan video parodi berkaitan tudung dihasilkannya, semalam bertujuan menghilangkan tekanan semua pihak berkaitan isu hangat membabitkan pelakon Neelofa.

Aznil berkata, beliau menyedari video itu dimuat naik di Instagram miliknya tular di laman sosial tetapi niatnya bukan menyindir mana-mana pihak.

"Saya hanya nak menurunkan ketegangan orang ramai yang asyik memperkatakan isu itu di mana-mana sahaja.

"Cukup-cukuplah pihak pandai agama sudah bagi pendapat jadi tidak payahlah kita jadi lebih pandai dari mufti.

"Ilmu agama kita cetek dan tidak payahlah keluar fatwa sendiri, " katanya kepada Harian Metro.

Aznil mengakui mengelak dari mengulas mengenai Neelofa kerana tidak mahu mencampuri hal itu.

"Saya tiada agenda atau video itu ditujukan kepada Lofa pun.

"Saya tidak mahu komen isu itu, jadi mari kita senyum, bersenang hati dan berlapang dada serta meneruskan kehidupan," katanya.

Disiarkan pada: February 28, 2018 @ 3:10pm
d