utama

'Kunci' penyeludup [METROTV]

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Syaherah Mustafa

Rantau Panjang: Kawalan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sepanjang 128 kilometer di sempadan Kelantan-Thailand termasuk penutupan 129 pangkalan haram sejak tahun lalu melumpuhkan lebih 50 peratus kegiatan penyeludupan di kawasan itu.

Daripada jumlah pangkalan haram itu, sebanyak 30 yang dikenal pasti sebagai lokasi panas atau aktif dengan kegiatan penyeludupan turut menunjukkan pengurangan berikutan kawalan tentera secara statik 24 jam.

Tinjauan NSTP bersama sepasukan pegawai dan anggota ATM diketuai Panglima 8 Bridged, Brigadier Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi di kawasan Mundok, di sini, mendapati kawasan berkenaan sepi tanpa kehadiran pengunjung.

Kira-kira 20 bot yang sebelum ini berulang-alik tanpa henti membawa penumpang kini tersadai di tebing dan Pekan Munduk, Thailand, juga seolah-olah lumpuh kerana ketiadaan pengunjung.

Kawasan tempat letak kereta yang sebelum ini dipenuhi pengunjung sehingga penduduk setempat mampu menjana pendapatan lumayan apabila mengenakan RM5 bagi setiap kereta juga sepi.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 7:06am
d