utama

Maut ditembak depan sekolah

Oleh Mohd Hasbi Sidek

LELAKI, 30-an, maut dipercayai akibat ditembak seorang daripada dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan sebuah sekolah rendah di Serdang, petang ini.

Dalam kejadian pada 5.45 petang, lelaki yang berdiri di sebuah hentian bas depan sekolah berkenaan ditembak secara tiba-tiba oleh suspek yang dikatakan berkulit gelap.

Setakat ini, nombor pendaftaran dan jenis motosikal dinaiki suspek tidak dapat dipastikan sehingga siasatan menyeluruh dijalankan.

Mangsa memakai seluar jeans biru dan t-shirt putih berada dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan dipercayai lebih daripada tiga das.

Difahamkan Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Mohd Rusdi Daud akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 6:56pm
d