utama

Hebatlah Mark Adam

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

TUAH menyebelahi Mark Adam apabila membawa pulang wang tunai RM100,000 selepas dinobatkan juara program realiti Bintang Bersama Bintang 2018 pada pentas akhir di Shah Alam, malam tadi.

Mark Adam mengetepikan empat pencabar lain iaitu Shuk, Achey, Ajak dan Issey dalam sketsa bertemakan bebas yang turut menampilkan artis undangan.

Bintang Bersama Bintang 2018 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 10 malam setiap Ahad bermula 14 Januari lalu.

Sketsa pada malam tadi turut menampilkan selebriti jemputan seperti Shahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey (isteri Achey).

Manakala, pelakon terkenal Fasha Sandha tampil sebagai juri jemputan bagi menemani juri tetap Saiful Apek.

Kemenangan Mark Adam ditentukan oleh 70 peratus daripada undian juri profesional, dan 30 peratus daripada undian atas talian.

Sistem undian atas talian hanya dibuka pada hari Bintang Bersama Bintang 2018 bersiaran bermula 6 petang.

Program itu dihoskan oleh AG KoolFM.

Disiarkan pada: March 5, 2018 @ 12:21am
d