utama

Gempa bumi melanda lagi...

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

GEMPA bumi berukuran 5.2 skala Richter dengan kedalaman 5 kilometer dilaporkan berlaku di Ranau, 9.06 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer Barat Laut Ranau.

Difahamkan, gegaran akibat gempa bukan sahaja dirasai di daerah berhampiran seperti Kota Belud dan Tuaran, malah sehingga ke Kota Kinabalu dan Papar, selain Lahad Datu di pantai timur.

Kejadian kali ini adalah gempa bumi paling kuat di Sabah selepas gempa bumi 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.

Gegaran antara lima hingga 10 saat itu turut menyebabkan penghuni di apartmen sekitar Bandaraya Kota Kinabalu bergegas keluar rumah dan berkumpul di pekarangan bangunan sebagai langkah keselamatan.

Disiarkan pada: March 8, 2018 @ 10:01pm
d