utama

1 maut ditembak, 2 lolos

Oleh Mohd Hasbi Sidek

SUSPEK pecah rumah ditembak mati polis, manakala dua lagi sempat melarikan diri di Taman Templer dekat Rawang, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, suspek dikatakan cuba menyerang polis menggunakan parang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek yang ditembak mati dipercayai warga asing.

"Hasil maklumat mengenai cubaan pecah rumah, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bergegas ke lokasi.

"Kami mengesan seorang daripada suspek di kawasan parit dekat Taman Templer. Ketika cuba menahan suspek, lelaki itu cuba menyerang polis menggunakan parang sebelum tembakan terpaksa dilepaskan," katanya.

Disiarkan pada: March 9, 2018 @ 8:11am
d