utama

Maut dibaham harimau

Oleh Daily Mail

PENJAGA zoo mati dibaham harimau selepas dia masuk ke dalam kandang haiwan ganas terbabit dalam kejadian di Zoo Fuzhou, Beijing.

Haiwan yang dijaga sejak kecil oleh mangsa dikenali sebagai Wu itu secara tiba-tiba menyerangnya apabila menggigit serta melemaskannya hingga mati, kata pihak berkuasa bandar Fuzhou, wilayah Fujian.

Rakaman kejadian yang diambil beberapa orang saksi menunjukkan haiwan terbabit hanya berdiri di tepi mangsa selain kedengaran seseorang menjerit “hubungi polis!”.

Satu lagi klip kejadian yang dikaburkan oleh media China turut kelihatan haiwan itu cuba mencakar mangsa sementara pekerja lain berusaha mengalih perhatian harimau terbabit dengan menggunakan sebatang kayu.

Pekerja lain kemudiannya berjaya menghampiri mangsa, namun sudah terlambat apabila dia disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang berada di tempat kejadian.

Jurucakap Zoo Fuzhou berkata, haiwan itu sebenarnya sering digunakan untuk mengadakan persembahan sarkas di wilayah Anhui, selatan China.

Disiarkan pada: March 13, 2018 @ 4:13pm
d