utama

Perginya saintis genius Britain

Oleh AFP

PAKAR fizik terkenal Britain, Profesor Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76, hari ini.

Pengumuman terbabit dibuat oleh jurucakap keluarganya.

“Kami sangat sedih kerana bapa tersayang kami meninggal dunia hari ini,” kata anak-anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim dalam satu kenyataan.

Hawking adalah saintis genius yang menghabiskan seluruh hidupnya meneroka rahsia alam semesta.

Disiarkan pada: March 14, 2018 @ 12:37pm
d