utama

IPFN Hospital Kuala Lumpur terbakar

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEBAHAGIAN bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari sebelum empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Empat jentera balai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Chow Kit, BPP Hang Tuah, BPP Setapak dan BPP Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai berlaku di dalam bangunan IPFN HKL,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Tinjauan wartawan di lokasi kejadian mendapati api sudah berjaya dikawal sepenuhnya.

Disiarkan pada: March 17, 2018 @ 2:21pm
d