utama

[UPDATE] 'Memang berlaku kecuaian'

Oleh Petah Wazzan Iskandar

KEMENTERIAN Pendidikan mendapati terdapat unsur kecuaian oleh pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah dalam insiden pelajar maut terkena bilah mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan, 13 Februari lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau sudah menerima laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan selepas siasatan dalaman dilakukan bagi mencari punca kejadian.

“Saya sudah baca laporan itu dan saya sahkan memang berlaku kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah.

“Kes ini sedang disiasat polis dan biarlah polis jalankan siasatan lanjut manakala bagi pihak kementerian tindakan dalaman terhadap pengurusan sekolah sedang diambil mengikut peraturan sedia ada,” katanya selepas merasmikan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan program bersama Usahawan Mikro Amanah Ikhtiar di Pusat Komuniti Cikgu Hashim, Barokhas, Padang Terap, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes Nur Afini Roslan, 14, yang maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting dan terkena kepalanya manakala dua lagi pelajar, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera di belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera di telinga kanan.

Kejadian jam 10.30 pagi itu berlaku di padang sekolah ketika menjalani latihan perbarisan.

Berita berkaitan:

Trauma tengok traktor

'Kakak kawan bermain, bergaduh saya'

Pemandu traktor mesin rumput dibebaskan

'Semangat atletnya akan diingati'

Pemandu traktor mesin rumput ditahan

'Nur Afini, semoga rohmu damai di sana' [METROTV]

Allahyarham cucu saudara Rabuan Pit, aktif sukan memanah

Ajal pelajar terkena bilah [METROTV]

Disiarkan pada: March 17, 2018 @ 4:01pm
d