utama

Bertabahlah, Elyana

Oleh Michelle Gun

PENYANYI Elyana mendedahkan terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.

Elyana, 31, yang menghidap kanser limfoma tahap empat mengakui keputusan itu sukar kerana sudah lama menginginkan cahaya mata.

"Kalau kanser di peringkat awal, saya mungkin masih cukup kuat untuk hamil.

"Namun, sekarang saya sentiasa lemah dan perlu mengambil puluhan ubat pil setiap hari.

"Saya takut anak yang bakal lahir dalam keadaan tidak sempurna," katanya ketika ditemui di Jelajah Suria di Putrajaya, hari ini.

Menurut penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu, dia sudah meminta nasihat ustaz mengenai perkara itu sebelum menggugurkan kandungannya 10 hari lalu.

"Anak saya sedih kerana dia sudah lama ingin adik. Malah, dia sudah pilih nama untuk kandungan," katanya.

Dua tahun lalu, Elyana pernah menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh minggu kerana di luar rahim.

Elyana mendiri rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin pada November 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, tujuh tahun.

Disiarkan pada: March 17, 2018 @ 5:49pm
d