utama

Isteri kedua Opick meninggal dunia

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

ISTERI kedua kepada penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Opick, Wulan Maya Sari binti Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 9 malam tadi.

Menurut sahabat Opick yang juga penyanyi, Derry Sulaiman, Allahyarham mula sakit selepas melahirkan anak kira-kira 2 bulan lalu.

Pendakwah dan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dunia Sementara Akhirat Selamanya’€ itu berkata, malangnya bayi itu meninggal dunia dalam kandungan ketika berusia lapan bulan.

Katanya, Wulan sempat dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan ahli keluarga, semalam.

Pada masa ini, jenazah Allahyarhamah ditempatkan di rumah 'duka' kawasan Cakung, Jakarta Timur dan dijadualkan akan dikebumikan selepas Zohor, hari ini.

Opick memiliki seorang lagi isteri, Dian Rositaningrum, yang dinikahi pada 2002 lalu dan dikurniakan enam orang anak.

Disiarkan pada: March 19, 2018 @ 2:05pm
d