utama

Bawa masuk sikit-sikit [METROTV]

Oleh Skuad Khas Harian Metro

SERAH mercun dalam kotak mi segera atau bertulisan Thai kepada ‘tentera semut’ untuk diseludup keluar dari pintu sempadan dengan bayaran RM5 sekali perjalanan.

Itu antara taktik terkini kumpulan penyeludup tempatan di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah-Danok, Thailand membawa bahan terlarang itu ke negara ini secara kecil-kecilan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Tentera semut membuat perjalanan untuk menyeludup mercun antara 10 ke 20 kali sehari.

Bagaimanapun, di Pengkalan Hulu, Perak pula, lain kaedahnya, kumpulan penyeludup dikesan menjadikan kawasan FELDA Nenering berhampiran pagar sempadan Thailand untuk menjalankan kegiatan sama.

Difahamkan, taktik itu digunakan kumpulan terbabit bagi mengaburi mata pihak berkuasa yang mengawal ketat kawasan sempadan.

Penyeludup dikatakan mula aktif menjalankan kegiatan menyeludup secara kecil-kecilan itu sejak beberapa bulan lalu kerana yakin jika melakukannya pada musim perayaan, sudah pasti banyak operasi dijalankan pihak berkuasa.

Skuad Khas Harian Metro melakukan tinjauan di kedua-dua kawasan sempadan bagi mendapatkan gambaran jelas kegiatan penyeludupan

Dapatkan akhbar Harian Metro atau e-paper Harian Metro

untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 19, 2018 @ 7:14pm
d