utama

Seni kayu terpakai [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

Seremban: Bermodalkan cuma RM10 dia menghasilkan bangku menggunakan kayu terpakai. Berkat kesabaran dan kesungguhan produk dipasarkan menggunakan jenama WarisPapan kini semakin dikenali ramai termasuk tempahan pelanggan dari Singapura.

Pemilik WarisPapan, Ahmad Rosisi Mohamad Tarmuzi, 28, berkata, dia mula berjinak-jinak dengan dunia pertukangan ketika menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Cheras, empat tahun lalu.

“Saya pernah menghabiskan masa cuti semester selama tiga bulan semata-mata mahu asah bakat dalam bidang pertukangan. Bangku yang diinspirasikan daripada rehal menjadi perabot pertama hasil kerja tangan saya.

“Bahan digunakan 100 peratus kayu dan mengambil masa sehari saja untuk disiapkan. Saya memang berasa teruja dengan percubaan pertama yang dianggap menjadi hingga mendorong diri untuk terus menghasilkan pelbagai jenis perabot lain,” katanya.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: March 21, 2018 @ 5:24am
d