utama

Kesilapan 'cubit dan ajar' Neelofa

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PELAKON dan pengacara popular, Neelofa akui belajar menjadi lebih kuat selepas kontroversi penganjuran pelancaran koleksi tudung dan sambutan hari jadinya yang ke-29 di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, bulan lalu.

"Kini saya lebih berhati-hati pada setiap perincian kecil. Mungkin selepas ini saya tidak akan lepas tangan pada staf saya untuk urus tetapi akan terbabit secara terus dalam setiap keputusan yang dibuat.

"Asasnya, saya belajar mengenali diri dan dari situ saya tahu siapa saya yang sebenarnya," katanya optimis.

Katanya, lebih banyak masalah atau fitnah dicampak kepadanya, dia akan lebih mengenali diri.

Selepas apa berlaku, dia mengakui terkejut menemui sisi berbeza dalam diri dan percaya apa yang berlaku boleh diatasi jika percaya pada diri sendiri.

Disebabkan isu itu juga, dia mencipta kegembiraan sendiri yakni memilih bersikap positif dan gembira.

"Apabila bertemu dengan mereka dari pelbagai bangsa, mereka mula mengenali saya. Tidakkah itu satu perkara yang baik?" katanya ditemui selepas pelancaran kempen terbaru jenama antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, hari ini.

Februari lalu, pengacara program Meletop itu dilanda kontroversi selepas pelancaran produk terbaru syarikatnya di sebuah pusat hiburan di sini mendapat kecaman masyarakat.

Berita berkaitan:

Enggan komen jumpa Mufti

Neelofa terkilan

Disiarkan pada: March 22, 2018 @ 8:57pm
d