utama

Gian 200km/j [METROTV]

Oleh Norizuan Shamsudin dan Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Hanya mahukan keseronokan dengan menunjukkan kehebatan jentera masing-masing kepada umum menyebabkan ada antara pemilik motosikal besar dan kereta berkuasa tinggi menjadikan beberapa laluan di negara ini sebagai ‘litar’ bagi menguji kehebatan kenderaan masing-masing.

Malah, ada antara mereka memilih laluan terbabit hanya kerana mahu layan selekoh mencabar dan mempamerkan kemahiran mengendalikan kenderaan masing-masing tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Antara laluan yang dikenal pasti menjadi kegemaran mereka adalah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Jalan Semenyih-Kuala Klawang, Jalan Lama Karak-Bentong dan Jalanraya Timur-Barat yang mempunyai selekoh tajam dan mampu menguji kebolehan mereka mengendalikan kenderaan masing-masing.

Laluan berkenaan dijadikan sebagai litar sejak beberapa tahun lalu namun tiada penguatkuasaan berkesan dalam membanteras tindakan terbabit daripada terus berlaku.

Semua laluan terbabit adalah jalan utama yang digunakan kenderaan lain terutamanya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang berbukit dan mempunyai beberapa selekoh berbahaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro atau e-paper Harian Metro untuk berita penuh.

Disiarkan pada: March 31, 2018 @ 7:17am
d