utama

Saya bedah hidung!

Oleh Michelle Gun

Personaliti televisyen terkenal, Tyra Banks akhirnya mengakui menjalani pembedahan hidung ketika mula-mula menceburi dunia peragaan.

Model berusia 44 tahun ini mengambil keputusan untuk mengiyakan khabar angin terbabit atas dasar rasa tanggungjawab untuk berkongsi perkara sebenar.

Menurut pengacara America’s Next Top Model ini, dia tiada masalah pernafasan tetapi melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung.

“Tulang hidung membuatkan saya rasa kurang selesa dan gatal. Saya boleh bernafas dengan lancar tetapi membuat perubahan dengan pembedahan kosmetik.

“Saya mengaku! Rambut saya juga palsu dan mengubah bentuk hidung. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar,” katanya.

Pelakon berkenaan juga menyokong mana-mana individu yang kurang selesa dengan penampilan diri seandainya mempertinbangkan pembedahan kosmetik.

“Jangan bimbang kalau anda menyukai penampilan semula jadi diri.

“Namun, sekiranya anda berasa rendah diri terhadap sesuatu, saya ada beberapa tip kecantikan sama ada ia sementara atau kekal. Saya bukan jenis yang mencemuh seseorang,” katanya yang memulakan karier peragaan pada usia 15 tahun.

Tyra juga mengakui kurang senang dengan sikap segelintir wanita yang memandang serong individu yang menjalani pembedahan plastik.

Disiarkan pada: April 1, 2018 @ 5:49am
d